Cik Tompok

Before akak start review nie, nak bagitau akak bukan jual produk atau nak siaran nie di sponsor oleh mana-mana pihak. Review nie jujur lagi tulus ikhlas daripada hati akak sendiri (ececehh).

Tipu laa kalau korang tak pernah dengar pasal Tati Skincare. Antara skincare yg famous dekat Malaysia nie.


Kalau beli set nie sekotak dapat ape je? Ok nie akak nak bagitau. 1st bila korang bukak je kotak nie korang akan nampak sebotol facial wash dan 4 jenis krim. Jangan pening pulak bila tengok krim banyak-banyak tu. Nanti akak explain satu persatu pasal krim nie.

1. FACIAL WASH
Rasa kalau akak tak explain pun korang tau macam mana nak guna. Tuang sikit atas tapak tangan, and terus tenyeh kat muka sampai berbuih. Lepas tu bilas. Simple je. Selalu tipikal local skincare kebanyakan nya sabun ketul. Tp Tati Skincare dia punya facial wash dalam bentuk cecair dalam botol. Kalau nak travel memang mudah sangat nak bawa pegi mana-mana. Takde la air menitik-nitik bila bekas sabun ketul terbuka. Bau dia macam sabun betik and warna pun lebih kurang je. Ada jenis facial wash lepas cuci muka rasa kulit macam tegang sangat sampai nak senyum pun seksa. Tp insyaallah Tati takkan seksa kulit korang macam tu. Licin je lepas guna. Guna la 2 kali sehari. Tapi macam akak bedal je guna setiap kali nak cuci muka or solat. Hiks

2. DAY CREAM
Krim nie akak paling suka. Sebabnye bila daa guna takyah pakai foundation pun daa nampak flawless lagi glowing gittuew. Lepas cuci muka bangun pagi tu apply krim nie dulu. Yang tak berapa berkenan sikit dengan krim nie cuma bau dia shj. Bau ala-ala rose gitu tapi memang kuat sungguh bau nye. Bau dia lekat sampai setengah jam still bole tercium-cium kat hidung nie ha sampai pening kepala. Hahaa. Tapi dah lama-lama macam boleh laa tahan bau nya. Nak cantik punya pasal aku sanggup. Hahaa.

3. SUNBLOCK
Nama pun sunblock. So tujuan dia memang nak lindung kulit korang drpd sinaran uv. Krim dia warna putih dan bau macam baby powder. Apply Sunblock nie lepas korang da apply Day Cream taw. Antara 4 krim, Sunblock paling cepat habes sebab krim dia jenis lembut licin tu. Nak-nak dengan sepisis akak yang tak reti berjimat guna skincare. Sekejap je botol nya kosong. So better korang beli loose sunblock nie sekali sebab satu bekas tu boleh pakai dlm sebulan je kalau nak compare krim yg lain. 

4. NIGHT CREAM
Krim nie guna time malam je taw before masuk tidur. Lepas cuci muka, apply krim nie kat muka. Tekstur krim nie memang creamy. Bau and color memang sebijik macam krim kunyit. Pakai tipis je kat muka sebab kuning dia agak melekat pada kulit. Karang letak banyak-banyak terkejut husband kat sebelah tengok wife kuning je muka. Oleh sebab dia ada tumeric oil (minyak kunyit) so memang berkesan sangat nak hilangkan jerawat degil sekali dengan parut. Baru laa nampak flawless kulit nye. 

5. TREATMENT CREAM
Function krim nie untuk memutihkan kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam kat muka and merawat kulit korang. Apply treatment cream lepas korang daa pakai night cream taw. Yang ini korang kena sapu super duper nipis sebab krim nie memang melekit giler. Kalau time panas memang sumpah akak takkan apply krim nie sebab rimas rambut melekat-lekat kat muka dek kerana krim nie. 

Buat masa sekarang akak dah pakai Tati Skincare nak masuk kotak yg ketiga. Yeayy. Alhamdulillah nie skincare yg paling serasi dengan kulit akak yang kebal dengan segala jenis skincare. Dulu ada jugak akak guna skincare macam-macam tapi kulit nie punya degil memang sental clorox pun takde effect. Tapi sejak pakai Tati memang nampak beza. Kulit nampak macam ada nur sikit. Hahaa. Jerawat tetap akan keluar especially time period tapi cepat je kecut. Even bila pakai ikut sukati (erti kata lain kadang-kadang pakai, kadang-kadang memang lantak kau laa skincare, aku malas nak layan) tapi still kulit takde masalah macam keluar jerawat berketul-ketul, kulit jadi menggelupas teruk or any negative affect. Cuma kulit kusam sikit laa sebab tak jaga elok-elok. So kalau korang konsisten insyaallah gebu gebas laa kulit korang. 

 

Cik Tompok
assalamualaikum. kabare? hehe. agak lama jugak hakak tidak menghupdate post yek. mintak maap... kali nie akak nak cerita pasal satu foundation which is (bunyi drum sikit) PHOTO FINISH 18H LIQUID FOUNDATION by Catrice cosmetics.

(sumber daripada google image)

foundation nie korang boleh dapatkan dekat Watson, Guardian n yg sewaktu dengan nye. akak jumpa foundation nie pown masa tengah cuci-cuci mata kat Guardian Giant Kuala Terengganu. niat hati nye nak beli foundation Loreal. bila terpandang je jenama nie hati terus mcm berkenan sangat nak beli. rasa nye jenama nie baru masuk pasaran Malaysia kot since sebelum-sebelum nie tak pernah nampak Watson atau Guardian display product nie. Product nie kalau tak salah ada 3 atau 4 warna. akak pilih code 03 Caramel Beige sbb warna dia matching dengan kulit akak yg kuning langsat kata nye. bhahaha.

Antara ciri-ciri yang buat akak berkenan sangat dengan foundation nie:
  1. harga yang sangat berpatutan dengan amount foundation (30ml). tak salah dalam RM35 ke RM39 (akak beli sebelum gst start. kalau tiba-tiba naik harga akak mintak maap ler bebanyak).
  1. packaging dia nampak mcm mahal. omputeh kata botol dia tu glass frosted bottle. hahaa. sekali imbas mmg nampak mcm harga dia atas RM70 sebotol laa.
  1. akak suka foundation nie sebab ada pump dispenser. terasa hygenic sangat. kalau biasa kan jenis tiub yang kena guna sepenuh tenaga nak keluarkan foundation dari tiub or botol yg kena cecah2 jari kalau nak keluarkan product tu. terasa mengemit-ngemit kuman-kuman kat muka. euwwww.
  1. bau dia mcm bau air mawar. sangat laa wangi sampai boleh melekat bau nya pada span dan berus. sesiapa yang tak suka product yg bau agak kuat mmg product nie tak sesuai untuk anda. tapi dont worry sebab bila apply kat muka tak sampai 5 minit bau nya akan hilang. so takde laa satu hari suntuk hidung asyik terbau foundation je kan.
  1. foundation nie untuk medium coverage. kira nya sangat sesuai untuk mekap seharian laa bukan untuk mekap yg tebal. 
  1. foundation nye sangat senang untuk di apply menggunakan jari atau berus atau sponge mengikut keselesaan masing-masing ye.
  1. foundation nie bukan matte finish ye adik-adikku sekalian. dia agak dewy finish sikit. bila apply terasa kulit rasa lembab, lembut dan muka nampak glowing nak-nak lagi bila berpeluh. lagi laa nampak cun melecun tercun cun cun.
  1. foundation nie tersangat laa ringan pada kulit. after apply serius tak rasa mcm pakai apa-apa pown kat kulit. rasa mcm muka kita yang natural dan nampak lebih glowing dan sihat.
  1. since dia photo finish, dia ader light reflecting effect yg bermaksud muka korang nampak bersinar, glowing ala-ala model majalah tu bila ambik gambar. sesuai sangat laa untuk beliau-beliau yg suka selfie atau wefie atau sebagainya tu. kulit pown nampak flawless je.



walaupun kat botol tulis boleh tahan 18 jam tapi akak rasa dia tak sampai 18 jam pown. dalam 8 jam daa nampak pudar sikit tp effect glowing tu tetap nampak lagi. dlm 4 ke 5 jam tu korang daa boleh start touch up laa mekap tu sikit-sikit. overall akak bagi 8/10 untuk foundation nie dan antara liquid foundation yang paling best akak penah try. 

ok akak belanja gambar bila pakai foundation nie. ihiks. muka baru balik keje nie tau. touch up dengan bedak pixy je sikit2. still glowing lagi even daa guna selama 8 jam.

Cik Tompok
basically aku tau ramai giler yang stress bila orang tanya "ENGKAU NIE BILA NAK KAWEN?". mcm takde soalan lain nak tanya. tanya laa daa makan ke belum, sihat ke tak hari nie. nampak laa jugak prihatin nye tu. banyak sebenar nye sebab-sebab yang membuatkan orang akan tanya kau soalan camtu

1. BILA UMUR KAU DAA MENCECAH 20++. soalan kawen nie selalu timbul bila umur kau daa naik 20++. lagi-lagi yg tukang tanya tu golongan makcik-makcik. conversation mesti mcm nie:

MAKCIK: tahun nie kalau tak salah cik umur kau daa 22 tahun kan? bila kau nak kawen? 
AKU        : haah cik. alaa, tak sampai jodoh lagi. nak buat mcm mana.
MAKCIK: ape laa kau nie. cik dulu umur baye-baye kau nie anak daa masuk 3 tau. kau tak payah memilih sangat. nant jadik anak tua baru kau tau, kau kan tau populasi lelaki daa kurang, potpetpotpetpotpetpotpet 
AKU        : -_________________-"

 bagi diorang umur 20 tahun ke atas nie memang daa layak sangat jadi bini orang sebab diorang dulu kawen umur dlm belasan tahun lagi kot. nak-nak kau nie perempuan. kalau nak mencecah umur 25 tahun pown daa kena bebel knp taknak kawen lagi. nanti jadik anak dara tua laa, orang kutuk kata tak laku laa, memilih sangat laa. daa belum jodoh, nak buat cmner.

2. BILA KAWAN KAU DAA ADA YANG KAWEN SIAP DAA ADER ANAK LAGI. ok . tu stress. especially kalau tengah reunion dok pakat tayang anak bini laki segala bagai. soalan akan muncul seperti ini

MINAH: ehh, lama tak jumpa. kau daa kawen ke belum?
AKU     : err. belum lagi.
MINAH: aku nie anak daa nak masuk dua pon kau tak kawen2 jugak? takkan nak tunggu tua baru kawen kot? hahaha
AKU     : -___________________-"

yang sakit hati tu tanya siap ala2 menganjing. haduii . daa lama tak jumpa tu je ke soalan yang kau tanya? punya laa banyak soalan dlm dunia nie yg kau boleh tanya mcm kau sihat ke tak, kau keje kat mana, duduk kat mana. kau ingat nak cari laki/bini bole jumpa bawah pokok pisang ke? 

3. KENDURI KAHWIN SEPUPU/KAWAN/SEWAKTU DENGAN NYEE. sebab utama golongan muda macam aku nie tak suka pegi kenduri kawen, pasal soalan nie laa. rasa nk tercekik ayam masak merah kat tekak bila sedap-sedap melantak nasik minyak kenduri tetiber ader orang datang cuit n tanya soklan nie:

"MAT TU DAH SELAMAT MENIKAH. KAU BILA PULAK?"

macam nak menyembur nasik dalam mulut nie tau. jodoh dia daa sampai. tu pasal dia kawen. kalau jodoh aku daa sampai aku kawen laa jugak. hmm


buat masa nie tu jela sebab2 yang aku bole fikir kenapa orang tanya soalan tu. hal ini takde kena mengena antara yang hidup atau yang daa meninggal dunia. adioss...
Cik Tompok
as student yang bergantung sepenuh nye pada ptptn (mcm aku), nak beli make up yg mahal2 confirm laa tak mampu. tapi bila tengok orang lain cantik, diri nie teringin jugak nak jadik cantik mcm diorang. so aku nak tunjuk foundation ape yang murah sesuai dengan budget korang as student based on pengalaman aku sendiri.

before nie aku guna Naturactor. foundation nie memang bagus giler bg orang yg nak kulit flawless plus gebuss ala2 make up pengantin. tapi harga dia agak mahal sikit dlm range RM40 ke RM50. tapi pakai foundation nie memang puas hati.

(sumber dari internet)



oleh sebab naturactor nie daa habes n utk repeat order time hujung sem nie agak tak berapa nak mampu, so aku ambik keputusan cuba survey2 kat Watsons utk cari foundation yg murah tapi kualiti yg superb. tengah syok2 belek tu aku terjumpa dengan product nie

(sumber dari internet)

TADAAAA...basically mmg aku jatuh cinta dari hujung kalbu ku ini dengan liquid foundation nie. harga nye boleh tahan murah laa dlm RM22++. daa laa harga murah, senang nak dapat pulak tu kalau nak di bandingkan dengan naturactor. sumpah aku cakap nie laa liquid foundation yg thorrbaik kalau nak di compare kan antara harga dgn tahap ke'flawless'an foundation nie kat kulit. 

1. foundation nie oil free. bagus giler untuk orang yg kulit nye agak berminyak. n aku penah test pakai dari pagi sampai malam, memang bedak takkan cair n muka tak nmpak cakey langsung (tapi ader jugak berminyak sikit2 kat area hidung n dahi tapi tak kritikal)
2. foundation nie ader SPF 30/PA+++. so basically aku tak kesah sgt pasal spf bagai nie tapi bg sape yg takut cahaya matahari tu sangat dont worry, foundation nie bole lindung muka korang drpd UVA and UVB.
3. product nie tulis dia non-comedogenic which takkan sumbat pore so takde laa breakout kat muka. selama aku pakai dlm sebulan nie mmg takde langsung keluar jerawat di sebabkan aku guna foundation nie except bila "kawan baik kau" daa nak datang jenguk. masa tu mmg jerawat beronok2 laa naik kt muka.
4. kat packaging dia tulis fragnance-free. aku ingat mmg takde bau langsung tapi ader laa bau cm pahit2 chemical (tak tau laa aku cmner nak explain) mcm kebanyakan bau foundation kat pasaran tp don't worry bau tu akan hilang after kau apply kat muka. 
5. ader 4 shade untuk korang pilih. make sure pilih shade yang sesuai dengan kulit korang. tanak laa nampak mcm korang nie kuda belang kan.

TIPS:
kalau nak nmpak flawless n natural, rata kan dulu foundation guna tangan pastu guna sponge basah untuk blend foundation nie kat muka. nk guna tangan pown shj boleh tapi make sure blend betul2 sebab foundation nie pekat. takut bercapuk tak pasal nmpak berkerak pulak muka tu. function sponge basah tu utk serap lebihan foundation so takde laa nampak heavy sgt especially bg yg suka make up ala2 non make up make up tu.


p/s: review nie drpd pengalaman sendiri. foundation tu pown aku beli guna duit sendiri.




Cik Tompok
as final year student, mmg wajib laa kan ambik subjek FYP or projek tahun akhir sebagai syarat nak grad. oleh sebab aku study kt UPM yakni salah sebuah research university kat Malaysia, mmg sahaja aku menjalankan final year project kerana nak grad tahun 2015 nie lahh. as budak aliran sains (aku ambik akuakultur which is perikanan) fyp aku more to research base. tak semua student upm wajin buat research ala2 yg konon2 dok dalam lab mengadap microscope 24jam tu. ader je yang buat research kena survey orang laa n so on. fyp tu depend pada course yang kita ambik laa. mcm aku, sebab bergelumang dengan ikan dan yg sewaktu dengan nye, so kebanyakan nye melibat kan pembelaan haiwan laa. 

tahap kesukaran fyp nie pown depend pada korang. kat sini aku nak bagi tips sikit pasal fyp agar korang tak tergezut beruk macam aku. 
  1. first of all, pilih laa tajuk yang kena pada cita rasa korang. mcm aku, aku jalan projek pemakanan ikan (sebab aku suka makanan even makanan ikan tu sumpah busuk macam nak meninggal). tapi kena make sure laa tajuk yang korang nak buat tu belum ader lagi yg buat. nak senang google kan aje tajuk tu n tengok ader makhluk lain daa buat ke belum tajuk engkorang tu. 
  2. pilih sv (supervisor yakni lecturer yang akan bantu korang jalan kan fyp) yg fasih pasal tajuk yang korang minta tu. contoh nye kalau korang suka buat pasal breeding jgn laa pegi approach lecturer yg buat pasal makanan. bole je kalau korang berkenan sangat nak meminang lecturer tu jadik sv korang tapi nnt dia tak dpt bantu banyak laa sebab bukan dlm bidang dia.
  3. korang jangan laa pemalas sangat nak tanya2 senior korang pasal fyp sbb diorang daa sah2 ader pengalaman dalam buat keje2 cmnie. lagi bagus klau senior yg korang tanya tu pown penah buat fyp bawah sv korang tu. at least kita tau laa jugak songel lecturer tu. 
  4. rajin2 kan laa jumpa lecturer and tanya benda yg korang tak sure. tanya je banyak2 sampai dia naik muak sbb keja dia mmg jadik kaunter pertanyaan je sepanjang jalan projek. lagi pown lain lecturer lain mazhab nye. karang korang pegi ikut mazhab lecturer lain tak pasal2 fyp korang kena repeat. (markah sv yang bagi)
  5. kalau bole, siap kan proposal tu awal sikit. nnt korang takde laa terkejar2 nak cari sv suruh semak kan ayat dlm proposal korang yang tunggang langgang tu. kalau lecturer tu baik hati, siap dia betul kan n bagi idea lagi cmner korang nak buat proposal korang tu.

sampai situ jela tip yang aku dpt bagi. good luck dalam jalankan fyp yek. aku nak sambung proposal aku pulak. wish me a good luck ok . chawww...