assalamualaikum. kabare? hehe. agak lama jugak hakak tidak menghupdate post yek. mintak maap... kali nie akak nak cerita pasal satu foundation which is (bunyi drum sikit) PHOTO FINISH 18H LIQUID FOUNDATION by Catrice cosmetics.
(sumber daripada google image)
foundation nie korang boleh dapatkan dekat Watson, Guardian n yg sewaktu dengan nye. akak jumpa foundation nie pown masa tengah cuci-cuci mata kat Guardian Giant Kuala Terengganu. niat hati nye nak beli foundation Loreal. bila terpandang je jenama nie hati terus mcm berkenan sangat nak beli. rasa nye jenama nie baru masuk pasaran Malaysia kot since sebelum-sebelum nie tak pernah nampak Watson atau Guardian display product nie. Product nie kalau tak salah ada 3 atau 4 warna. akak pilih code 03 Caramel Beige sbb warna dia matching dengan kulit akak yg kuning langsat kata nye. bhahaha.
Antara ciri-ciri yang buat akak berkenan sangat dengan foundation nie:
- harga yang sangat berpatutan dengan amount foundation (30ml). tak salah dalam RM35 ke RM39 (akak beli sebelum gst start. kalau tiba-tiba naik harga akak mintak maap ler bebanyak).
- packaging dia nampak mcm mahal. omputeh kata botol dia tu glass frosted bottle. hahaa. sekali imbas mmg nampak mcm harga dia atas RM70 sebotol laa.
- akak suka foundation nie sebab ada pump dispenser. terasa hygenic sangat. kalau biasa kan jenis tiub yang kena guna sepenuh tenaga nak keluarkan foundation dari tiub or botol yg kena cecah2 jari kalau nak keluarkan product tu. terasa mengemit-ngemit kuman-kuman kat muka. euwwww.
- bau dia mcm bau air mawar. sangat laa wangi sampai boleh melekat bau nya pada span dan berus. sesiapa yang tak suka product yg bau agak kuat mmg product nie tak sesuai untuk anda. tapi dont worry sebab bila apply kat muka tak sampai 5 minit bau nya akan hilang. so takde laa satu hari suntuk hidung asyik terbau foundation je kan.
- foundation nie untuk medium coverage. kira nya sangat sesuai untuk mekap seharian laa bukan untuk mekap yg tebal.
- foundation nye sangat senang untuk di apply menggunakan jari atau berus atau sponge mengikut keselesaan masing-masing ye.
- foundation nie bukan matte finish ye adik-adikku sekalian. dia agak dewy finish sikit. bila apply terasa kulit rasa lembab, lembut dan muka nampak glowing nak-nak lagi bila berpeluh. lagi laa nampak cun melecun tercun cun cun.
- foundation nie tersangat laa ringan pada kulit. after apply serius tak rasa mcm pakai apa-apa pown kat kulit. rasa mcm muka kita yang natural dan nampak lebih glowing dan sihat.
- since dia photo finish, dia ader light reflecting effect yg bermaksud muka korang nampak bersinar, glowing ala-ala model majalah tu bila ambik gambar. sesuai sangat laa untuk beliau-beliau yg suka selfie atau wefie atau sebagainya tu. kulit pown nampak flawless je.
walaupun kat botol tulis boleh tahan 18 jam tapi akak rasa dia tak sampai 18 jam pown. dalam 8 jam daa nampak pudar sikit tp effect glowing tu tetap nampak lagi. dlm 4 ke 5 jam tu korang daa boleh start touch up laa mekap tu sikit-sikit. overall akak bagi 8/10 untuk foundation nie dan antara liquid foundation yang paling best akak penah try.
ok akak belanja gambar bila pakai foundation nie. ihiks. muka baru balik keje nie tau. touch up dengan bedak pixy je sikit2. still glowing lagi even daa guna selama 8 jam.
Post a Comment